hidup hanya persinggahan...



salam...

Lama rasanya tak update blog ni...bukan apa malas ditambah dengan sibuk hinggakan lupa nak update blog..maklumlah diri sibuk sangat cari apakah tajuk yang sesuai untuk proposal yang perlu saya lalui untuk semester ini. kadang-kadang saya jadi binggung tidak tahu mahu mulakan dari mana mencari tajuk...Ya Allah bantulah hambaMu ini.. Di dalam kesibukkan dengan tugasan harian, baru sebentar tadi diri ini dikejutkan dengan berita sedih "kawan yang menuntut di UMS meninggal dunia". Sedih dan bersimpati dengan pemergiannya walaupun boleh dikatakan tidak rapat dengan mendiang. Saya terfikir dan kadang kala takut, ajal boleh datang pada bila-bila masa tanpa diduga. Peristiwa ini menginsafkan diri yang sering alpa kepada Pencipta. Ya Allah ampunkanlah dosaku ini. Semoga aku mati dalam kemanisan imanMU ya Allah. Apapun yang mati tetap tidak akan kembali dan yang pasti makluk yang hidup ini perlu terus tabahkan diri dan sentiasa tawaduk dengan Allah Taala.. Saya sering juga berpesan pada diri...agar sentiasa perhiasi perbadi sebagai muslimah yang sejati dan sentiasa takut kepada Allah SWT... sampai di sini dulu yang boleh saya coretkan untuk kali ini. Insya Allah panjang umur saya tulis lagi..

sebagai perkongsian kepada teman-teman yang melewati blog saya untuk kali ini...saya ingin memetik sepotong hadis yang berbunyi...

Rasullulah SAW bersabda:

Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu
(riwayat Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

semoga dengan perkongsian hadis ini, sama-samalah kita sentiasa ingat kepada Allah SWT..


hiasi peribadi...

selamat berkasih sayang...

Ya Allah...

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...."


Hari ini...

salam semua...hari ini saya agak penat kerana jadual kelas agak padat. Bayangkan dari seawal 8 pagi sehingga pukul 5 tadi kelas untuk hari ini. Penat ditambah dengan fizikal dan emosi saya yang tidak sihat. Hari ini tetiba saya menjadi agak sensitif dan mudah terasa dengan gurauan rakan-rakan. Bukan apa saya penat dan agak kurang sihat. Selepas makan tengah hari tadi tetiba perut saya sakit. Rasa tidak selesa yang amat sangat. Mungkin makanan yang saya makan agak pedas dan perut saya terkejut. Apa pun apa yang ingin saya kongsikan pada keadaan begini...saya beranggapan keadaan penat mewujudkan emosi yang tidak stabil. Gurauan yang tidak bertempat oleh rakan-rakan menyebabkan saya mudah sangat terasa. Mungkin pengajaran kepada saya dan rakan-rakan yang saya kurang selesa dengan situasi gurauan yang bagi saya melampaui batas. Bukan saya tidak boleh dibawa bergurau tapi biarlah dengan gurauan yang bersahaja dan tidak melampau!tidak perlu saya nyatakan di sini apa bentuk gurauan tersebut tapi yang penting saya kurang selesa dengan keadaan tersebut. Apapun terima kasih dengan pengalaman hari ini. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan esok akan lebih baik dari hari ini. Insya Allah. Hiasi peribadi..

salam sayang...

assalamualaikum semua...

tak tau laa nak tulis apa hari ni..dari pagi sampai ke petang ni saya tak keluar dari bilik. Ntah apa yang saya buat..assgment kot..huhuhu. tak idea nak tulis apa sebab da lama tak tulis. lain kali ek saya tulis lagi. Apapun semoga teman-teman diluar sana ceria selalu.

Hiasi peribadi..
salam sayang...

Sunnah Rasullulah Saw

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Blog...ooo blog...

Allahamdullilah…sudah 2 minggu usia blog ini. Banyak perkara yang saya pelajari dalam menghasilkan blog seperti ini. Walaupun blog ini tidak seberapa namun, bagi saya cukup sebagai tempat perkongsian untuk teman-teman yang sudi melawati blog ini. Saya mengharapkan dengan terhasilnya blog ini, ramailah teman-teman di luar sana sudi berkongsi ilmu. Seronok juga dapat menghasilkan blog sendiri, dapat meluahkan apa yang terbeku di dalam hati. Dapat mempelajari bagaimana mencantikkan blog tersebut dan macam-macam lagi yang dapat kita pelajari. Bagi mereka yang mahu menghasilkan blog sendiri, nah apa tunggu lagi…mulakan penulisan anda sekarang. Seronok dan yang paling penting kita dapat menyampaikan apa yang ingin kita sampaikan. Kalau dulu saya agak susah hati apabila pensyarah iaitu En.Aziz meminta setiap pelajar menghasilkan blog sendiri. Tetapi sekarang lain pula ceritanya, saya seronok menghasilkan blog ini. Apapun terima kasih En. Aziz...

Itu sahaja yang ingin saya coretkan hari ini dan sebagai perkongsian untuk semua saya ingin memetik satu maksud dalam ayat Al-quran dan untuk pengetahuan teman-teman inilah surah dalam Al-quran yang menjadi antara surah yang paling saya sukai...

Surah Al-Baqarah, ayat 216

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Wassalam..

Laskar Pelangi



berlarilah tanpa lelah demi mengejar impianmu..
bebaskan dirimu...

Pertama kali mendengar lagu ini, hati mula terusik. Sekarang ini ada juga lagu yang berunsur motivasi yang bukan sahaja enak didengari tetapi senang diikuti.. Sungguh lagu ini memberikan satu semangat yang luar biasa saya kira...Tercari-cari siapakah penyanyi lagu ini. Akhirnya, dapat juga saya mengetahui siapa penyanyi lagu ini dan yang paling penting judulnya sekali.(mudah bagi saya nak download di internet) Sungguh puitis halwa teliga mendengarkan bait-bait lagu ini. Mungkin diri ini sahaja yang merasa sedemikian. Orang lain saya tak tau. Tatkala mendengarkan lagu ini, seolah-olah memberi satu semangat kepada diri betapa pentingnya untuk bebas mengejar impian walau kadang-kala dunia ini tidak adil. Betapa kita patut mencontohi laskar pelangi yang tidak pernah terikat dek waktu, betapa kita perlu berlari tanpa lelah dalam mengejar impian dan tidak jemu serta sentiasa bersyukur dengan pencipta. Bagi saya lagu berunsur motivasi seperti ini, sesuai untuk pelajar-pelajar yang perlukan dorongan dalam mengejar setiap impian. Lagu ini juga mengingatkan kepada diri saya, di dunia ini penuh dengan warna-warni kehidupan dan sebagai manusia, kita perlu menwarnai setiap bintang dalam kehidupan, walaupun bukan semuanya adil namun yang penting kita telah mencuba membuatkan diri gembira hidup di dunia walaupun tidak seindah berada di syurga.

Untuk perkongsiaan teman-teman yang melawati blog ini, saya sertakan lagu “laskar pelangi” dendangan kumpulan Nidji. Moga-moga dengan lagu ini memberikan kita sedikit harapan untuk mewarnai dan mengejar impian kita. Insya Allah dengan izinNya setiap impian pasti menjadi kenyataan. Dan apa yang saya harapkan semoga kalian mendoakan kebahagian saya..


Cinta Sang Pencipta



Setinggi manakah CINTA kita kepada si DIA. Sedalam mana kasih kita pada si DIA, si DIA yang sentiasa di sisi tanpa pernah mengenal erti jemu, sentiasa membelai diri dengan penuh kasih sayang malah mengurniakan sang udara tanpa meminta balasannya. Menurunkan rahmat yang tak terhingga nilainya. Menginginkan untuk bertemu janji lima kali sehari tanpa rasa bosan dan jemu, jika kita terlambat si DIA masih menanti dengan penuh kesabaran. Sekiranya kita terlupa akan tanggungjawab sebagai seorang kekasih, DIA tidak pernah menutup pintu hati NYA untuk kita kembali kepadaNYA, DIA lah yang selalu ada, sentiasa dekat, lebih dekat dari urat kita, lebih dekat dari nadi kita, lebih hampir dari jantung kita malah sentiasa memerhati di kala kita senang apatah lagi di kala kesusahan. Mengasihi kita setiap saat, minit dan jam... Cukupkah kita mengingati dan menyayangi dan paling utama men CINTAI si DIA? marilah kita renungkannya..

Tanpamu Sahabat...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Semua orang balik kampung..saya tinggal kat kolej. Sebenarnya roomate dah ajak balik kampung cuma diri ini terasa ingin menghabiskan cuti pertengahan semester di kolej kediaman sahaja. Kebiasaan yang biasa pelajar sabah/sarawak tidak balik kampung cuti pertengahan semester macam ni. Maklumlah kampung jauh dan kalau balik pun terasa pendek sahaja waktu cuti. Sunyi juga dengan keadaan kolej yang hampir kesemua penghuninya balik kampung. Nasib baik ada bas nak pergi ke kampus kalau tak...tak makanlah pelajar yang tinggal di kolej ni. Selama 3 tahun di sini, inilah pertama kali saya tak balik ke kampung kawan untuk menghabiskan cuti semester. Best juga berada dalam suasana sunyi seperti ini. Mudah melakukan kerja dan idea sentiasa cuma tak pandai nak menyusun idea-idea yang datang. Banyak sangat kot. Hehehe...tidak banyak yang saya ingin coretkan sepanjang cuti duduk di kolej. Namun, setakat ini hanya satu perkara yang mahu saya kongsikan. Selama ini saya tidak bergerak keseorangan sepanjang berada di UPSI. Maksud saya boleh dikatakan sepanjang masa pergi ke mana- mana kena berteman. Seminggu ini saya banyak habiskan masa bersendirian walaupun ada juga berhubungan dengan orang lain tetapi tak sama dengan rakan baik kita sendiri. Begitulah saya rasa. Mungkin kebiasaanya saya bergerak ke kuliah, ke kafe dan ke mana-mana sahaja dengan kawan baik saya. Macam mana nak gambarkan perasaan saya ketika ini. Sunyi..mungkin juga..atau rasa....... entah saya pun tak tahu. Mungkin inilah cabaran duduk diperantauan. Bersendirian..sudah pasti. Terfikir juga, tanpa sahabat baik di sisi susah nak bergerak!!!pengajaran dari kisah sepanjang seminggu ini, kadang-kala kita memerlukan kawan dalam hidup sehari-hari. Erti persahabatan..terutamanya macam saya yang memerlukan kawan sepanjang hidup di UPSi ini. Hehehe..mungkin keadaan ini mengajar saya untuk lebih menghargai sahabat kelak. Saya tak pasti streotaip mengatakan perempuan tak boleh tanpa ada kawan, bergerak ke mana-mana ada kalanya benar. Apa pun saya amat sayang sahabat baik saya iaitu ain..sayang dia amat sangat. Saya pun sayang juga sahabat-sahabat yang lain tetapi mungkin lebih kepada ain yang merupakan teman sebilik, sekuliah dan yang paling penting sahabat di kala senang dan susah. Seorang sahabat umpama pelengkap dalam hidup tanpa sahabat tidaklah berwarna-warni kehidupan kita..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini