Ya Allah...

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...."


Hari ini...

salam semua...hari ini saya agak penat kerana jadual kelas agak padat. Bayangkan dari seawal 8 pagi sehingga pukul 5 tadi kelas untuk hari ini. Penat ditambah dengan fizikal dan emosi saya yang tidak sihat. Hari ini tetiba saya menjadi agak sensitif dan mudah terasa dengan gurauan rakan-rakan. Bukan apa saya penat dan agak kurang sihat. Selepas makan tengah hari tadi tetiba perut saya sakit. Rasa tidak selesa yang amat sangat. Mungkin makanan yang saya makan agak pedas dan perut saya terkejut. Apa pun apa yang ingin saya kongsikan pada keadaan begini...saya beranggapan keadaan penat mewujudkan emosi yang tidak stabil. Gurauan yang tidak bertempat oleh rakan-rakan menyebabkan saya mudah sangat terasa. Mungkin pengajaran kepada saya dan rakan-rakan yang saya kurang selesa dengan situasi gurauan yang bagi saya melampaui batas. Bukan saya tidak boleh dibawa bergurau tapi biarlah dengan gurauan yang bersahaja dan tidak melampau!tidak perlu saya nyatakan di sini apa bentuk gurauan tersebut tapi yang penting saya kurang selesa dengan keadaan tersebut. Apapun terima kasih dengan pengalaman hari ini. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan esok akan lebih baik dari hari ini. Insya Allah. Hiasi peribadi..

salam sayang...

assalamualaikum semua...

tak tau laa nak tulis apa hari ni..dari pagi sampai ke petang ni saya tak keluar dari bilik. Ntah apa yang saya buat..assgment kot..huhuhu. tak idea nak tulis apa sebab da lama tak tulis. lain kali ek saya tulis lagi. Apapun semoga teman-teman diluar sana ceria selalu.

Hiasi peribadi..
salam sayang...

Sunnah Rasullulah Saw

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Blog...ooo blog...

Allahamdullilah…sudah 2 minggu usia blog ini. Banyak perkara yang saya pelajari dalam menghasilkan blog seperti ini. Walaupun blog ini tidak seberapa namun, bagi saya cukup sebagai tempat perkongsian untuk teman-teman yang sudi melawati blog ini. Saya mengharapkan dengan terhasilnya blog ini, ramailah teman-teman di luar sana sudi berkongsi ilmu. Seronok juga dapat menghasilkan blog sendiri, dapat meluahkan apa yang terbeku di dalam hati. Dapat mempelajari bagaimana mencantikkan blog tersebut dan macam-macam lagi yang dapat kita pelajari. Bagi mereka yang mahu menghasilkan blog sendiri, nah apa tunggu lagi…mulakan penulisan anda sekarang. Seronok dan yang paling penting kita dapat menyampaikan apa yang ingin kita sampaikan. Kalau dulu saya agak susah hati apabila pensyarah iaitu En.Aziz meminta setiap pelajar menghasilkan blog sendiri. Tetapi sekarang lain pula ceritanya, saya seronok menghasilkan blog ini. Apapun terima kasih En. Aziz...

Itu sahaja yang ingin saya coretkan hari ini dan sebagai perkongsian untuk semua saya ingin memetik satu maksud dalam ayat Al-quran dan untuk pengetahuan teman-teman inilah surah dalam Al-quran yang menjadi antara surah yang paling saya sukai...

Surah Al-Baqarah, ayat 216

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Wassalam..