Laskar Pelangi



berlarilah tanpa lelah demi mengejar impianmu..
bebaskan dirimu...

Pertama kali mendengar lagu ini, hati mula terusik. Sekarang ini ada juga lagu yang berunsur motivasi yang bukan sahaja enak didengari tetapi senang diikuti.. Sungguh lagu ini memberikan satu semangat yang luar biasa saya kira...Tercari-cari siapakah penyanyi lagu ini. Akhirnya, dapat juga saya mengetahui siapa penyanyi lagu ini dan yang paling penting judulnya sekali.(mudah bagi saya nak download di internet) Sungguh puitis halwa teliga mendengarkan bait-bait lagu ini. Mungkin diri ini sahaja yang merasa sedemikian. Orang lain saya tak tau. Tatkala mendengarkan lagu ini, seolah-olah memberi satu semangat kepada diri betapa pentingnya untuk bebas mengejar impian walau kadang-kala dunia ini tidak adil. Betapa kita patut mencontohi laskar pelangi yang tidak pernah terikat dek waktu, betapa kita perlu berlari tanpa lelah dalam mengejar impian dan tidak jemu serta sentiasa bersyukur dengan pencipta. Bagi saya lagu berunsur motivasi seperti ini, sesuai untuk pelajar-pelajar yang perlukan dorongan dalam mengejar setiap impian. Lagu ini juga mengingatkan kepada diri saya, di dunia ini penuh dengan warna-warni kehidupan dan sebagai manusia, kita perlu menwarnai setiap bintang dalam kehidupan, walaupun bukan semuanya adil namun yang penting kita telah mencuba membuatkan diri gembira hidup di dunia walaupun tidak seindah berada di syurga.

Untuk perkongsiaan teman-teman yang melawati blog ini, saya sertakan lagu “laskar pelangi” dendangan kumpulan Nidji. Moga-moga dengan lagu ini memberikan kita sedikit harapan untuk mewarnai dan mengejar impian kita. Insya Allah dengan izinNya setiap impian pasti menjadi kenyataan. Dan apa yang saya harapkan semoga kalian mendoakan kebahagian saya..


Cinta Sang Pencipta



Setinggi manakah CINTA kita kepada si DIA. Sedalam mana kasih kita pada si DIA, si DIA yang sentiasa di sisi tanpa pernah mengenal erti jemu, sentiasa membelai diri dengan penuh kasih sayang malah mengurniakan sang udara tanpa meminta balasannya. Menurunkan rahmat yang tak terhingga nilainya. Menginginkan untuk bertemu janji lima kali sehari tanpa rasa bosan dan jemu, jika kita terlambat si DIA masih menanti dengan penuh kesabaran. Sekiranya kita terlupa akan tanggungjawab sebagai seorang kekasih, DIA tidak pernah menutup pintu hati NYA untuk kita kembali kepadaNYA, DIA lah yang selalu ada, sentiasa dekat, lebih dekat dari urat kita, lebih dekat dari nadi kita, lebih hampir dari jantung kita malah sentiasa memerhati di kala kita senang apatah lagi di kala kesusahan. Mengasihi kita setiap saat, minit dan jam... Cukupkah kita mengingati dan menyayangi dan paling utama men CINTAI si DIA? marilah kita renungkannya..

Tanpamu Sahabat...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Semua orang balik kampung..saya tinggal kat kolej. Sebenarnya roomate dah ajak balik kampung cuma diri ini terasa ingin menghabiskan cuti pertengahan semester di kolej kediaman sahaja. Kebiasaan yang biasa pelajar sabah/sarawak tidak balik kampung cuti pertengahan semester macam ni. Maklumlah kampung jauh dan kalau balik pun terasa pendek sahaja waktu cuti. Sunyi juga dengan keadaan kolej yang hampir kesemua penghuninya balik kampung. Nasib baik ada bas nak pergi ke kampus kalau tak...tak makanlah pelajar yang tinggal di kolej ni. Selama 3 tahun di sini, inilah pertama kali saya tak balik ke kampung kawan untuk menghabiskan cuti semester. Best juga berada dalam suasana sunyi seperti ini. Mudah melakukan kerja dan idea sentiasa cuma tak pandai nak menyusun idea-idea yang datang. Banyak sangat kot. Hehehe...tidak banyak yang saya ingin coretkan sepanjang cuti duduk di kolej. Namun, setakat ini hanya satu perkara yang mahu saya kongsikan. Selama ini saya tidak bergerak keseorangan sepanjang berada di UPSI. Maksud saya boleh dikatakan sepanjang masa pergi ke mana- mana kena berteman. Seminggu ini saya banyak habiskan masa bersendirian walaupun ada juga berhubungan dengan orang lain tetapi tak sama dengan rakan baik kita sendiri. Begitulah saya rasa. Mungkin kebiasaanya saya bergerak ke kuliah, ke kafe dan ke mana-mana sahaja dengan kawan baik saya. Macam mana nak gambarkan perasaan saya ketika ini. Sunyi..mungkin juga..atau rasa....... entah saya pun tak tahu. Mungkin inilah cabaran duduk diperantauan. Bersendirian..sudah pasti. Terfikir juga, tanpa sahabat baik di sisi susah nak bergerak!!!pengajaran dari kisah sepanjang seminggu ini, kadang-kala kita memerlukan kawan dalam hidup sehari-hari. Erti persahabatan..terutamanya macam saya yang memerlukan kawan sepanjang hidup di UPSi ini. Hehehe..mungkin keadaan ini mengajar saya untuk lebih menghargai sahabat kelak. Saya tak pasti streotaip mengatakan perempuan tak boleh tanpa ada kawan, bergerak ke mana-mana ada kalanya benar. Apa pun saya amat sayang sahabat baik saya iaitu ain..sayang dia amat sangat. Saya pun sayang juga sahabat-sahabat yang lain tetapi mungkin lebih kepada ain yang merupakan teman sebilik, sekuliah dan yang paling penting sahabat di kala senang dan susah. Seorang sahabat umpama pelengkap dalam hidup tanpa sahabat tidaklah berwarna-warni kehidupan kita..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Bukan Mudah………


Ingat lagi 3 tahun lepas ketika berada buat pertama kalinya di Universiti Pendidikan Sultan Idris, rasa teruja dengan perasaan “aku layak masuk UPSI”..best sangat. Tidak dapat digambarkan denga kata-kata. Hahahaha.. 3 tahun di sini banyak dugaan yang datang. Jauh dari keluarga menjadikan kadang-kadang diri putus asa. Tetapi perasaan itu cepat-cepat padam daripada fikiran kerana motivasi untuk berjaya dalam diri melebihi segala-galanya. Terasa menjadi manusia dan belajar ilmu kemanusiaan bukanlah mudah. Kepayahan yang timbul bukan menjadi halangan. Ingat lagi ketika berada dalam semester 2. Subjek yang menjadikan diri betul-betul jatuh cinta dengan ilmu kaunseling ialah subjek kaunseling individu 1. Berkerut dahi tatkala Dr. Nasir membentangkan tugasan yang perlu setiap pelajar lalui dalam subjek ini. Perlu menjalankan sesi kaunseling dengan klien!!! Wah….. bukan mudah pada ketika itu walaupun hanya menjalankan sesi yang ringkas. Kerana melihat diri yang kurang melayani dan mendengar dengan baik apabila orang lain meluahkan perasaan. Namun, itu adalah diri ini pada ketika itu. Sekarang Allahamdullilah...berkat ilmu yang dipelajari di bumi UPSI ini..segalanya boleh berubah...pejam celik pejam celik..da semester 6 rupanya.. banyak ringtangan dan cabaran setakat ini...Risau jugak kalau-kalau tak dapat nak hadapi. Ialah kerja kursus yang mantap-mantap belaka. Apa pun usaha kunci kejayaan..go go Salmi. Rindu pulak pada semester lepas dengan subjek kaunseling individu 2, bagaimana menjalankan sesi kaunseling menggunakan pendekatan teori. Agak menarik subjek ini. Agak mencabar jugak dengan sesi yang dijalankan adalah semestinya menggunakan pendekatan teori dan Terapi Realiti menjadi pilihan hati. Semua sesi kaunseling yang saya jalankan semester lepas menggunakan pendekatan Terapi Realiti. Walaupun agak kurang memuaskan hati saya, namun setidak-tidaknya sesi kaunseling tersebut melakar sejarah dalam hidup iaitu saya selaku bakal kaunselor menjadikan Terapi Realiti Teori pegangan. Perlu berusaha lagi untuk menguasainya, perlu latihan lagi memantapkan sesi dan perlu lebih banyak lagi untuk menjadi kaunselor sebenar yang dapat membantu diri ini dan masyarakat amnya. Ya...UPSI ku melakar impian di sini...